Panas terik mencabar semua,
Dahaga terasa semasa berjalan,
Sentiasa berzikir letih dilupa,
Selamat berpuasa ukirlah senyuman.
Bertudung cantik mata memikat,
Melirik senyuman memukau semua,
Wahai cik adik saya terpikat,
Bolehkah tahu siapa nama.
Hati merindu fikiran melayang,
Burung merpati terbang tinggi,
Terkenang si dia terbayang-bayang,
Itulah tanda dah jatuh hati.
Bunyi lagu membangkit suasana,
Bunga mekar di depan mata,
Sunyi rasa tak dapat bersama,
Kekasih hati jauh di sana.
Layang-layang terputus tali,
Jatuh ke bumi melayang laju,
Wahai kekasih aku berjanji,
Aku dicipta hanya untukmu.
Hujan turun laut membiru,
Dingin malam mengusik kalbu,
Biar batu menjadi debu,
Aku tetap sayang padamu.
Berjalan segak bergerak pantas,
Jangan terlupa melihat tetamu,
Wahai abang yang manis,
Sudikah jalan bersamaku.
Bunyi jantung tanda debaran,
Ingin bertanya tetapi malu,
Ku menunggu penuh harapan,
Sudikah engkau menerimaku.
Riang Ria Merdeka
Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?
Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan
Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas
Mentari melabuhkan tirainya
Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi
Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..
Wahai adik-adikku..
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang
Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan
Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.
Posted by :
Published : 2010-01-09T18:14:00+07:00